Friday, October 10, 2008

Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR

Tarikh : 12 Oktober 2008Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kg BaruMasa : 2ptg-5ptgDijemput Semua Hadir untuk memeriahkan majlis ini dan sila pamerkan banner Rumah Terbuka DSAI di website/blog/myspace/friendster/facebook ataupun mana-mana social network anda. Kerjasama anda amat dihargai. Moga syawal yang menjelma ini menjadi satu ikatan untuk kita terus berjuang.

The Gabungan Mansuhkan ISA (Abolish ISA Movement) is holding another

Pulau pinang

The Gabungan Mansuhkan ISA (Abolish ISA Movement) is holding anotherof its weekly candlelight vigils today (Friday) at 9.00pm in front of Dewan Sri Pinang. Show your support for the call to abolish the ISA and pass the word around.

Perubahan Kuasa Umno: 3000 rakyat Pulau Pinang sertai KeADILan

Jumaat, 10 Oktober 2008 • Kategori: Berita Utama, Pulau Pinang
PULAU PINANG, 10 SEPTEMBER (SK) - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan menerima kemasukan kira-kira 3000 ahli baru KeADILan esok di satu majlis di Bayan Baru.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, penyertaan ahli baru ini menandakan rakyat telah bosan dengan Barisan Nasional serta pergolakan politik Barisan Nasional.
“Penyertaan mereka akan diketuai oleh salah seorang pemimpin kanan MIC negeri ini yang mana negeri ini yang juga ketua bahagian,” katanya.
Katanya lagi pemimpin berkenaan telah menunjukan komitmen terhadap KeADILan dan bosan dengan karenah pemimpin MIC yang sibuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri.
“Dalam keadaan sambutan Deepavali beberapa hari lagi, rakyat menuntut pembelaan terhadap mereka, dimana pemimpin MIC sibuk merampas kekayaan,” katanya ketika dihubungi oleh Suara Keadilan Online.
Sim juga berkata walaupun terdapat usaha peralihan kuasa, namun bagi rakyat tiada sebarang perubahan yang akan berlaku kepada mereka.
“Apa yang rakyat minta bukan perubahan tampuk kepimpinan yang mengutungkan golongan orang kaya, yang rakyat minta perubahan untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.

Datanglah ramai-ramai ke carnival ini...